Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Ini

499

Matawang dollar USD melonjak ke paras tertinggi 16 bulan pada dagangan Isnin setelah pelabur meletakkan keyakinan terhadap jangkaan kenaikan kadar faedah pada Disember nanti. Dalam perkembangan lain, tumpuan pasaran terhadap risiko politik di zon Eropah menambahkan lagi tekanan terhadap matawang EURO dan Pound Sterling.

Pengukuhan USD didorong oleh pengesahan pengetatan pada dasar monetari oleh FED setelah kadar faedah dikekalkan pada mesyuarat FOMC awal pagi Jumaat lalu. Seterusnya, lonjakan nilai USD turut disokong oleh faktor kebimbangan terhadap rundingan Brexit dan juga krisis bajet Itali di zon Eropah. Di samping itu, ketegangan perang dagang dan juga data ekonomi di China yang perlahan turut menyumbang kepada aliran pelaburan ke arah matawang safe-haven dollar USD.

Isu Brexit pula, matawang Sterling mengalami kejatuhan pada dagangan Isnin berikutan keraguan pelabur terhadap kemampuan Perdana Menteri Britain Theresa May menyelesaikan isu perjanjian tersebut. Dengan tempoh kurang daripada 5 bulan sebelum Britain keluar dari Kesatuan Eropah pada 29 Mac tahun hadapan, rundingan dilihat masih buntu mencari jalan penyelesaian khususnya melibatkan isu sempadan Ireland. Laporan Sunday Times, empat menteri Britain yang masih bersama Kesatuan Eropah dilihat seperti ingin mengundurkan diri dari kerajaan May berikutan isu Brexit, menambahkan lagi ketidakpastian politik di sana.

Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menaik 0.49% setakat 8:30 malam ini.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.61%, dimana GBP/USD di dagang menurun 0.75%. USD/JPY pula menguat 0.03% dengan USD/CAD didagang 0.10% lebih rendah. USD/CHF pula di dagang menaik pada 0.35%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan melemah 0.24% dan 0.10%

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat