Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Ini

623

Matawang dollar USD terus mengukuh pada dagangan Selasa berikutan perkembangan terkini isu perang dagang antara Amerika Syarikat dan China menyokong permintaan terhadap matawang safe-haven sementara pelabur masih menunggu isyarat arah kecenderungan dasar monetari oleh bank pusat FED. Risiko terhadap sentimen dalam pasaran semasa kembali memuncak setelah komen Presiden Donald Trump pada Isnin telah melenyapkan keredaan perang dagang bersama China. Dalam temubualnya bersama Wall Street Journal, Trump menyatakan bahawa beliau bakal menaikkan tarif $200 billion terhadap barangan import China daripada kadar semasa 10% kepada 25% selepas ini.

Tumpuan pelabur seterusnya pada minggu ini akan terarah kepada ucapan Pengerusi FED, Jerome Powell pada Rabu dan juga minit mesyuarat bank pusat pada awal November lalu yang akan dikeluarkan pada Khamis di mana pelabur akan melihat isyarat kekerapan kenaikan kadar faedah oleh FED selepas ini.

Sementara itu, Euro merosot pada paras terendah 6 hari dagangan berikutan kekuatan Dollar dan komen yang agak berhati-hati oleh bank pusat European Central Bank (ECB). Menurut Presiden ECB Draghi, data ekonomi zon Eropah baru-baru ini mencatatkan bacaan lemah daripada jangkaan. Kebimbangan ini diperkuatkan lagi oleh laporan keyakinan perniagaan IFO Jerman yang menyusut. Tambahan lagi, beliau juga merasakan bahawa momentum pertumbuhan dunia agak perlahan dan inflasi global diramalkan merosot.

Dalam data ekonomi pada sesi Asia, defisit perdagangan New Zealand jauh lebih besar daripada jangkaan. Ini merupakan bulan kelima berturut-turut New Zealand mengalami defisit. Catatan pada bulan Oktober menurun kepada -1,295 juta. Meskipun sudah berkurang defisit daripada September 2018, defisit pada bulan Oktober gagal mencapai jangkaan pasaran. Antara penyebab kenaikan defisit ini adalah terdapat lonjakan sektor import sebanyak 14.0% manakala eksport menurun kepada 6.6%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat