Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Ini

593

Nilai matawang GBP kembali membuat lantunan dari paras terendah 20 bulan pada dagangan Rabu berikutan keputusan undian no-confidence memihak kepada Perdana Menteri Britain, Theresa May dengan jumlah perbezaan yang lebih kecil daripada jangkaan pasaran. PM May memerlukan 159 jumlah undian untuknya sebaliknya die mendapat 200 undian dan dengan itu memberi sebab kepada matawang Sterling untuk kembali mengukuh. Namun, penggubal undang-undang melihat Theresa May bukanlah calon pemimpin yang akan melaksanakan pengunduran Britain keluar dari Kesatuan Eropah setelah mendapat 117 undian yang menentangnya.

Perkembangan positif Brexit tersebut turut memberikan kelebihan kepada matawang EURO untuk mengukuhkan nilainya. EURO cuba melonjak lebih tinggi mengatasi matawang dollar USD setelah Itali bersetuju untuk mengurangkan sasaran defisit belanjawan mereka untuk tahun hadapan dan menjangkakan Suruhanjaya Eropah akan menerima cadangan belanjawan baru tahun 2019 pada kali ini.

Pasaran Wall Street dalam keadaan yang positif ekoran pelabur optimis terhadap perkembangan perdagangan AS-China di mana laporan menyatakan China berjanji untuk meningkatkan perbelanjaan mereka terhadap produk pertanian Amerika Syarikat. Dengan perkembangan positif isu-isu global dalam pasaran semasa, sentimen pasaran dilihat semakin kembali stabil.

Dalam perkembangan data ekonomi, Amerika Syarikat mengeluarkan laporan mengenai indeks harga pengguna (CPI) pada sesi New York semalam. Kadar inflasi tahunan di Amerika Syarikat jatuh kepada 2.2% seperti jangkaan daripada 2.5% pada bulan Oktober dan ia merupakan bacaan yang rendah sejak Februari. Antara faktor kejatuhan ini adalah kerana kemerosotan harga minyak mentah global.

Tumpuan pelabur pada hari ini akan tertumpu kepada penetapan dasar monetari Bank Pusat Switzerland (SNB) pada jam 4:30 petang ini. SNB dijangka akan mengulangi kenyataan yang sama iaitu mereka akan masuk campur dalam pasaran forex jika diperlukan. Merujuk kepada data inflasi yang masih rendah di Switzerland, SNB berkemungkinan mengekalkan dasar monetari dan kadar faedahnya di paras yang sama. Selain itu, Bank Pusat Eropah (ECB) juga akan mengumumkan dasar monetari mereka pada jam 8:45 malam ini. Tiada perubahan dijangkakan oleh ECB namun tumpuan pasaran adalah kepada sidang media jam 9:30 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat