Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Malam Ini

877

Matawang EURO menunjukkan kejatuhan pada dagangan Jumaat dengan tanda-tanda pertumbuhan ekonomi di zon Eropah semakin bergerak perlahan berikutan kebimbangan terhadap isu Brexit serta rundingan belanjawan Itali yang masih berlarutan. Data indeks pengeluaran (PMI) di zon Eropah yang di keluarkan pada petang ini secara keseluruhannya mencatatkan angka yang mengecewakan dan ini menunjukkan kadar pertumbuhan sektor perniagaan yang perlahan di zon Eropah adalah lebih cepat daripada jangkaan.

Harga minyak mentah yang menjunam pada Jumaat turut menguatkan lagi risiko sentimen dalam pasaran namun memberi kelebihan kembali pada dollar USD untuk membuat kenaikan mingguan tertinggi pada bulan ini. Selain itu, pengukuhan USD juga turut didorong oleh aktiviti pengambilan keuntungan pada dagangan belian USD sebelum ini sepertimana kebiasaan penghujung minggu dagangan.

Matawang Pound Sterling pula menunjukkan kejatuhan pada dagangan Jumaat setelah melonjak tinggi pada dagangan Khamis semalam. Ini adalah berkemungkinan terkesan daripada kejatuhan harga minyak mentah dan juga pengukuhan dollar USD. Namun, harapan masih terlihat pada rundingan Brexit di fasa-fasa akhir ini menjelang sidang kemuncak bersama 27 kerajaan negara dalam Kesatuan Eropah. Hal ini memberi kelegaan kepada para pelabur yang kembali optimis terhadap perjanjian tersebut setelah berbulan-bulan berdepan dengan ketegangan dalam rundingan.

Perkembangan terbaru pada data ekonomi di Kanada dilihat bercampur-campur. Data inflasi menunjukkan peningkatan pada angka bacaan dan dengan itu dapat dilihat matawang dollar CAD pada mulanya menunjukkan kenaikan nilai namun harga kemudiannya bergerak melawan arah kembali setelah data jualan runcit mencatatkan bacaan yang mengecewakan. Secara keseluruhannya, data ekonomi yang dikeluarkan pada jam 9.30 malam ini tidak memihak kepada Kanada dan bakal memberi risiko terhadap nilai matawang Loonie. Di tambah lagi dengan kejatuhan harga minyak mentah, pelabur melihat dagangan CAD akan terus berisiko dan merosot dalam jangka masa terdekat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat