Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Petang Ini

751

Pasaran pada hari ini tertumpu kepada pilihanraya kongres yang berlangsung hari ini di AS. Secara keseluruhannya, keputusan pilihanraya dilihat bercampur-campur di mana Parti Republik menguasai Senat sementara Parti Demokrasi memenangi Dewan dengan majoriti. Dengan itu, Parti Demokrasi telah memperolehi kuasa yang berkemungkinan bakal menjadi titik tolak kepada kejatuhan pentadbiran Trump.

Tambahan lagi, dengan kombinasi faktor pertumbuhan ekonomi di AS yang perlahan, kenaikan kadar faedah yang didorong oleh kenaikan inflasi serta penguasaan terbaru oleh pembangkang bakal menjejaskan lagi keyakinan pelabur terhadap nilai matawang USD selepasi ini.

Sementara itu, Sterling meningkat untuk ketiga hari berturut-turut pada Rabu, disokong oleh laporan BBC bahawa Britain sedang bersedia untuk perjanjian Brexit menjelang akhir bulan November.

Dalam perkembangan data ekonomi, data pekerjaan New Zealand yang jauh lebih baik daripada jangkaan mendorong matawang NZD. Kadar pengangguran New Zealand jatuh kepada 3.9% daripada 4.5% sebelum ini. Fokus pelabur dalam masa terdekat adalah kepada penetapan dasar monetari bank pusat Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada awal pagi esok.

Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menurun 0.58% setakat 6:45 petang ini.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.53%, dimana GBP/USD di dagang menaik 0.40%. USD/JPY pula melemah 0.36% dengan USD/CAD didagang 0.35% lebih rendah. USD/CHF pula di dagang melemah pada 0.67%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan positif 0.52% dan 0.53%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat