Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Asia

479

Matawang US dolar mengukuh berbanding yen pada hari Jumaat berikutan disokong oleh peningkatan permintaan dan tiada apa-apa yang mendorong ketengangan perdagangan Amerika Syarikat dan rakan perdagangan utamanya.

Walau bagaimanapun, kebimbangan pasaran masih berlaku terutamanya terhadap kesan pertikaian perdagangan antara Sino-U.S bagi ekonomi China.

Dolar menguat kepada 110.49 yen, setelah membuat keuntungan untuk tiga sesi terakhir dan mendekati tahap tinggi bulan ini pada 110.905. Hal ini kerana oleh pembelian bermusim pada akhir suku tahun dan setengah tahun.

Yen, yang cenderung dibeli semasa terdapat tanda-tanda tekanan ekonomi hilang sokongan selepas Presiden A.S. Donald Trump menyatakan beliau akan mengambil pendekatan yang lebih lembut mengenai pelaburan China dalam syarikat teknologi U.S..

Selain itu, matawang US dolar juga disokong oleh prospek kenaikan kadar Faedah kerana didukung oleh pengembangan ekonomi US.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berada pada 95.30 setelah mencapai paras tertinggi 95.534 semalaman.

Selain itu turut mengimbangi pengukuhan US dolar ialah penyusutan matawang Euro berikutan sikap dovish Bank Pusat Eropah dan kebimbangan mengenai ketidakstabilan politik di Kesatuan Eropah.

Pound turun paling rendah sejak awal November  apabila kekurangan kemajuan dalam rundingan Brexit dengan Kesatuan Eropah, menambahkan lagi penurunan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh BOE.

Bagi matawang yuan, China, matawang terseber telah merekod kejatuhan sebanyak 3.4 peratus bulan ini, melebihi kejatuhan 2.7 peratus yang dilihat pada bulan Ogos 2015.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat