Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Asia

411

Matawang US dolar meneruskan penyusutan pada awal perdagangan hari Selasa, berikutan pengeksport membeli matawang yen menyebabkan pergerakan US dolar terbatas. Sebelumnya US dolar berjaya mencatat pengukuhan selepas the fed bertekad untuk menaikkan kadar faedah.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama berada pada paras rendah iaitu 94.618 pada hari Selasa berbanding hari sebelumnya.

Hasil perbendaharaan US meningkat ke paras 5 minggu tertinggi pada hari Isnin walaupun selepas kritikan dari Presiden Donald Trump mengenai kesan kekuatan dolar AS dan peningkatan kadar faedah Rizab Persekutuan terhadap ekonomi.

Menurut penganalisis, ekonomi US berada dalam keadaan yang kukuh, agak tidak logik jika the Fed memperhentikan kenaikan kadar.

CNBC melaporkan pada hari Jumaat bahawa Trump mempersoalkan bank pusat U.S. akan menaikkan kadar faedah dua kali lebih tinggi tahun ini.

Matawang yen mengukuh berbanding US dolar dan Euro berikutan pengekesport Jepun menukarkanpendapatan asing mereka ke dalam mata wang tempatan. Dalam masa yang sama, Firma eksport kecil juga biasanya membeli yen pada akhir bulan.

Yen juga mengukuh lebih tinggi berikutan laporan Reuters bahawa Bank of Japan sedang membahaskan polisi rangsangan kewangannya. Matawang yen mengukuh ke paras tertinggi 2 minggu iaiatu pada 110.74 yen selepas laporan tersebut dikeluarkan. Pada hari Selasa, matawang yen telah naik 0.1 peratus sehinnga paras 111.17 yen.

Matawang Euro didagangkan stabil pada $1.1692.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat