Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Asia

575

US dolar dan Euro berada paras jurang yang sedikit pada hari Rabu menjelang pertemuan antara Presiden A.S. Donald Trump dan Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncke yang menjadi tumpuan pelabur pada ketika ini.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama sedikit berubah pada 94.555, daripada paras dua minggu rendahnya 94.207 pada hari Isnin.

Kekhuatiran terhadap perang perdagangan Eropah dengan Amerika Syarikat mengekalkan euro terperangkap dalam jurang sedikit apabila Juncker bergerak ke Washington pada hari Rabu bagi memperbincangkan hal perdagangan dengan Trump.

Rundingan itu datang selepas US mengenakan tarif ke atas keluli dan aluminium EU dan ancaman Trump untuk memperluaskan langkah-langkah itu ke atas kereta Eropah.

Menurut penganalisis, sekiranya terdapat peningkatan ketegangan dalam isu perdagangan , ia dapat menjejaskan sentimen risiko dan memberi tekanan apda dolar/yen.

Euro mencatatkan keuntungan sedikit selepas data yang dikeluarkan pada hari Selasa menunjukkan pertumbuhan perniagaan terus kukuh, namun di bawah ramalan.

Matawang Euro didagangkan tinggi 0.1 peratus pada paras $ 1.1695.Berbanding yen, US dolar berada pada paras mendatar 111.27 yen.

Matawang Yen telah mendapat sokongan awal pada minggu ini berikutan jangkaan Bank of Japan akan mengurangkan beberapa rangsangan monetarinya yang agresif.

Dolar Australia pula menyusut 0.1 peratus lebih rendah pada $ 0.7412.

Aussie memberikan keuntungan awal kira-kira 0.3 peratus, berikutan janji Beijing minggu ini untuk meneruskan dasar fiskal yang lebih kuat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat