Seperti Dijangkakan, Dasar Monetari BOJ Tak Berubah

230

Bank Pusat Jepun (BOJ) kekal dengan dasar monetari tidak berubah dan meramalkan inflasi tetap di bawah sasaran 2% sehingga sekurang-kurangnya dua tahun lagi, menandakan ia akan terus di belakang bank pusat lain untuk mengetatkan semula dasar.

Seperti dijangkakan pasaran, kadar faedah kekal tidak berubah di tahap terendah pada -0.10% dan sasaran hasil bon kerajaan 10 tahun juga ditetapkan sekitar 0%.

Peningkatan harga komoditi telah mendorong inflasi Jepun ke paras tertinggi 13 tahun pada bulan September. Bagaimanapun, perbelanjaan pengguna sangat perlahan disebabkan permintaan domestik yang lembap, mengekalkan indeks harga pengguna terperangkap di tahap sifar.

Ini menjadikan Jepun sebagai negara yang ketinggalan berbanding ekonomi utama lain, terutamanya apabila tekanan inflasi global yang semakin meningkat mendorong lebih banyak bank pusat mempertimbangkan untuk menarik balik rangsangan coronavirus mereka.

Selain itu, BOJ juga menurunkan ramalan untuk pertumbuhan negara itu tetapi mengekalkan penilaiannya bahawa ekonomi ketiga terbesar dunia itu menuju ke arah pemulihan yang sederhana.

Pengurangan dalam unjuran pertumbuhan ekonomi Jepun dibuat sejajar dengan kadar penggunaan yang lemah dan kesan pada pengeluaran kilang disebabkan gangguan bekalan global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat