Servis Perbankan Terbuka Jack Ma Terima Permintaan Tinggi Bank Di China

709

Ant Financial Services Group yang dimiliki oleh jutawan Jack Ma dilihat mempunyai permintaan yang meningkat dalam kalangan institusi bank di China, mengharapkan teknologi digital dalam usaha mengekalkan operasi bisnes setelah penutupan negara kerana wabak coronavirus di seluruh dunia.

Permintaan pengguna kepada syarikat Ant untuk membantu mereka membina aplikasi dan menyediakan servis pengkomputeran awan (cloud computing) meningkat sebanyak 175% dalam tempoh dua bulan sepanjang April. Manakala, permintaan kolaborasi telah meningkat sebanyak 400% dan kini syarikat tersebut berkhidmat kepada lebih 200 perusaha.

Produk awal Ant Financial ialah Alipay yang mana mula diperkenalkan sekitar 2004, servis pembayaran atas talian bagi Alibaba sebelum terkenal dengan beberapa perkhidmatan kewangan lain. Dua tahun kemudian, syarikat tersebut mula melebarkan rangkaian servisnya dengan menjual servis mereka kepada institusi bank.

Perbankan terbuka mula dilihat sebagai satu keperluan yang sangat penting. Selain menyediakan perkhidmatan teknologi kepada bank, mereka juga menyediakan platform perkhidmatan pinjaman serta menyokong MYbank iaitu servis pinjaman atas talian yang akan melancarkan pengeluaran bagi pinjaman sebanyak $280 bagi 2020.

Buat masa sekarang, Ant dilihat masih mengekalkan kadar pendapatannya sebanyak 65% menjelang 2021, meningkat 35% sejak 2017.

Ant juga menfokuskan kepada bank-bank kecil yang tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membina rangkaian mereka di atas talian walaupun permintaan daripada bank-bank utama untuk membina perisian sendiri juga tinggi.

Salah satu bank yang menggunakan perkhidmatan oleh syarikat Ant ialah Shenzhen Rural Commercial Bank Co. Melalui servis aplikasi syarikat tersebut, bank itu berjaya mengurangkan tempoh muat turun daripada empat hingga kurang satu saat ketika 15 juta pengguna serentak melakukan transaksi di talian, memeriksa aktiviti pelaburan mereka dan membeli harta.

Kebanyakan bank memilih perkhidmatan syarikat Ant untuk melancarkan pembayaran walaupun maklumat lain masih disimpan di dalam perisian persendirian mereka.

Bank juga dilihat berpotensi untuk bergabung dengan program mini Alipay yang mana akan memberi akses hiburan, servis makanan, tiket filem dan servis pelancongan kepada pengguna mereka.

Pihak bank perlu membayar cuma sekali kepada Ant bagi produk simpanan atas talian mereka seperti mPaaS dan SOFAStack manakala pembayaran setahun sekali bagi sokongan perisian dan penyelenggaran.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat