Setelah Dibuka 140 Pips Lebih Tinggi, USD/CAD Melonjak Lagi 170 Pips!

584

Pasaran minyak mentah global merosot dengan kejatuhan harga minyak pada kadar tidak normal selepas rundingan Pertubuhan Negara-negara Pengeskport Petroleum (OPEC) bersama rakan sekutunya OPEC+ gagal mencapai kesepakatan.

Rusia tidak memberi kata persetujuan untuk rancangan pengurangan pengeluaran minyak mentah dalam usaha untuk membendung penurunan harga minyak sebelum ini akibat terkesan oleh wabak Coronavirus COVID-19.

Arab Saudi sebagai pengekport terbesar OPEC bertindak menurunkan harga minyak mentah mereka dan mengumumkan peningkatan pengeluaran yang dilihat sebagai tindakan protes terhadap keputusan Rusia.

Situasi perang harga tersebut telah menyebabkan kejatuhan harga minyak sehingga 30% dan menjadi faktor utama penyusutan dagangan matawang dolar Kanada dalam pasaran.

Pembukaan sesi pasaran Asia pagi ini menyaksikan perbezaan jarak (gap) harga pada carta pasangan matawang USD/CAD sehingga 140 pips di paras lebih tinggi berbanding penutupan harga minggu lalu.

Harga dibuka sekitar paras 1.35900 lebih tinggi berbanding harga yang ditutup pada minggu lalu sekitar 1.34200.

Sentimen pasaran minyak yang negatif telah melonjakkan harga sekitar 170 pips pada sesi Asia mencapai paras ketinggian 1.37570 iaitu paras tertinggi yang pernah dicapai sejak dagangan Mei 2017 yang lalu.

Namun harga kembali membuat penurunan lebih 100 pips semula menuju pembukaan sesi pasaran Eropah.

Dengan risiko pada dagangan minyak mentah bakal menyokong kenaikan lebih tinggi harga pada carta USD/CAD dengan penyusutan pada harga minyak dalam pasaran.

Jika kenaikan melepasi paras 1.38000, harga akan mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan 2016.

Namun jika penurunan harga berlaku, zon RBS (resistance become support) pada 1.34600 dilihat akan menjadi tumpuan harga semula di mana paras tersebut diuji pada Februari lalu.

Pelabur akan terus pantau perkembangan isu minyak mentah dan situasi perang harga yang dicetuskan oleh Arab Saudi dan respon oleh negara pengeluar minyak yang lain.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan diatas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat