Setelah Mendatar Beberapa Hari, Trader Jangka EUR/JPY Tembusi 125.00

404

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/JPY dilihat mendatar sejak dagangan penghujung minggu lalu.

Euro dijangka akan terus bergerak sukar dalam pasaran menjelang keputusan mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) pada Khamis ini.

Sebelum ini, penggubal polisi ada menyatakan pandangan mengenai kadar pertukaran matawang Euro-dolar. Hal tersebut telah memberi gambaran awal berkemungkinan nilai matawang Euro akan menyusut selepas ini.

Oleh itu, jika diteliti pergerakan harga pada carta EUR/JPY, harga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang menunjukkan trend menurun harga berikutan kelemahan nilai Euro.

Sementara dagangan Yen Jepun pula mendatar dengan sentimen pasaran yang agak bercampur. Namun, pada perkembangan terbaru, pasaran dilihat semakin menuju ke arah yang berisiko berikutan ketegangan yang semakin meningkat di antara 2 ekonomi terbesar dunia, AS dan China.

Sentimen risk-off pasaran akan kembali meningkatkan dagangan Yen sebagai matawang safe-haven dalam pasaran susulan reaksi pelabur yang beralih ke arah pelaburan yang lebih selamat dalam suasana pasaran yang berisiko.

Harga telah beberapa hari menguji paras sokongan pada 125.400 yang juga merupakan zon RBS (resistance become support).

Jika penurunan berjaya diteruskan menembusi zon tersebut, harga dijangka akan menuju zon support pada 124.300.

Namun jika berlaku perubahan pada sentimen pergerakan harga, paras resistance pada zon sekitar 127.00 akan menjadi tumpuan harga sekali lagi setelah diuji pada minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat