Setimen Pasaran – Ketegangan Perdagangan Meningkat Menyebabkan US Dolar Didagangkan Mendatar!

324

US dolar didagangkan mendatar pada hari Rabu menjelang penerbitan laporan minit mesyuarat daripada Federal Reserve AS (Fed) dan dalam masa yang sama ketegangan perdagangan antara Washington dan Beijing semakin meningkat.

Ketegangan politik terbaru antara Amerika Syarikat (AS) dan China juga semakin meningkat apabila China melanggar undang-undang yang diluluskan oleh Senat AS. Undang-undang tersebut adalah bertujuan melindungi hak asasi manusia di Hong Kong yang sedang mengalami pergolakan.

Dengan kelulusan Akta Hak Asasi Manusia dan Demokrasi Hong Kong, AS akan mengharamkan eksport barangan seperti gas pemedih mata dan peluru getah kepada pasukan polis.

Dalam masa yang sama, Presiden AS Donald Trump pula sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang mengancam bahawa beliau akan meningkatkan tarif ke atas barangan import China jika perjanjian tidak dapat dicapai untuk menamatkan perang dagangan.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan mendatar sebelum mengukuh sedikit sebanyak 0.08% pada paras 97.817 setakat jam 11.35 p.m.

Matawang Sterling mencatat penyusutan sebanyak 0.02% berbanding US dolar manakala matawang Euro juga sebanyak 0.07% berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat