“Adakah harga SHIB akan naik jika kadar pembakarannya naik?”
Sungguhpun modal pasaran menyaksikan penurunan ketara, kadar pembakaran memecoin Shiba Inu (SHIB) melonjak lebih 3,000% manakala urus niaga whales pula mencapai tahap tertinggi dalam tempoh tiga bulan.
Umum mengetahui kadar pembakaran tersebut telah memusnahkan 472 juta SHIB dalam masa 24 jam lalu sahaja, di mana terdapat address wallet yang bakar lebih 22 juta SHIB.
Memang tidak dinafikan acara pembakaran telah berlaku, tetapi harga SHIB yang kini berada pada $0.0000075 adalah jauh lebih rendah daripada paras tertinggi sepanjang masa $0.000088 pada 28 Oktober 2021.
Sementara modal pasaran SHIB pula mengalami sedikit penurunan sebanyak 2.00% bernilai $4 bilion berbanding sebelum ini.
Menerusi pemerhatian, pembakaran itu telah beri kesan mendalam terhadap harga dan modal pasaran SHIB apabila memecoin tersebut secara perlahan-lahan mendapat perhatian pedagang selepas buat kenaikan lebih 8% pada hujung minggu lepas.
Jadi di sini dapat dilihat bahawa modal pasaran mengalami penyusutan, tetapi terdapat beberapa petunjuk lain yang dapat menggalakkan pertumbuhan ekosistem SHIB, antaranya peningkatan dalam transaksi whales dan peredaran token memecoin itu.
Pada minggu lepas, pembangun utama SHIB Shytoshi Kusama yang mengumumkan pengeluaran Shibarium dan Worldpaper pada Ogos 2023 telah menyebabkan Bone ShibaSwap (BONE) melonjak lebih 35.49% pada minggu lepas.
Shibarium iaitu projek sangat dinanti-nantikan dikaitkan dengan SHIB akan melihat mekanisme pembakaran tidak pernah dilihat sebelum ini yang berkemungkinan membakar trilion token SHIB.