Shoppinglah Dengan Kad Debit Kripto, Coinbase Card!

487

Bertuahnya mereka yang mempunyai aset kripto kerana tidak lama lagi mereka bakal memiliki kad debit bagi kegunaan membeli-belah!

Coinbase pada minggu ini mengeluarkan satu kenyataan memaklumkan pihak mereka telah membuka senarai tunggu permohonan kad debit visa, Coinbase Card kepada pengguna kripto di Amerika Syarikat (AS) yang berminat.

Bukan sahaja khas untuk kegunaan Bitcoin (BTC), tetapi juga boleh digunakan bagi aset kripto lain.

Pengguna tidak lagi terhad dalam penggunaan kripto kerana wujudnya kad ini membolehkan mereka membeli-belah atas talian dan juga di kompleks beli-belah.

Menariknya lagi, kad tersebut membenarkan mereka untuk menukar matawang kripto kepada tunai, dolar AS di mesin ATM.

Coinbase Card juga menawarkan “ganjaran kripto” sebanyak 4% pulangan dalam Stellar Lumens (XLM) atau 1% pulangan dalam Bitcoin (BTC) dalam program faedah yang cuma terhad di negara itu sahaja.

Pengguna kripto di AS boleh memohon kad debit kripto menerusi laman web atau aplikasi Coinbase.

Sebenarnya, AS bukanlah negara pertama yang menerima kelebihan ini. Coinbase Card telah dilancarkan di beberapa negara luar termasuk United Kingdom (UK) dan seratau Eropah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat