Siapa Punya Angkara Harga Minyak Junam Parah Ni?

448

Heboh pada awal minggu mengenai perbincangan Arab Saudi dan anggota OPEC yang lain bahawa pengeluaran minyak mentah akan ditingkatkan.

Impaknya, harga minyak yang telah pun tertekan akibat gelombang baharu Covid-19 di China, menjunam ke paras terendah 11 bulan pada hari Isnin.

Khabar angin itu datang daripada Wall Street Journal yang melaporkan peningkatan pengeluaran sebanyak 500,000 tong sehari sedang dibincangkan untuk mesyuarat OPEC seterusnya pada awal Disember.

Meskipun begitu, laporan tersebut dinafikan Menteri Tenaga Arab Saudi Putera Abdulaziz bin Salman yang mengatakan OPEC dan sekutunya yang lebih dikenali sebagai OPEC+ tidak membincangkan perkara sedemikian.

Dagangan minyak WTI Amerika Syarikat junam mendadak ke bawah harga $76 setong rentetan berita tersebut, sebelum kembali meningkat untuk didagangkan pada sekitar $80 setong pada sesi Asia.

Sementara minyak mentah Brent pula susut ketara pada sekitar harga $82 setong, namun menokok semula untuk diniagakan pada $87 setong pada sesi dagangan hari ini.

Dalam pada itu, situasi Covid-19 yang memburuk di China terus membataskan dagangan minyak mentah lebih-lebih lagi selepas langkah kawalan diperketatkan di bandar Beijing.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat