Singapura Dilanggar Tuah, Vaksin COVID-19 Milik Mereka

8,025

Singapura mungkin akan menjadi negara pertama menerima vaksin COVID-19 yang diusahakan oleh Arcturus Therapeutics Holdings Inc. jika produk akhir vaksin tersebut berjaya.

Sesuailah dengan tindakan awal Singapura yang membiayai penyelidikan dan membantu Acturus untuk mencipta vaksin tersebut. Arcturus juga telah bersetuju untuk menghantar bekalan vaksin ke Israel.

Walau bagaimanapun, vaksin yang dikenali sebagai Lunar-Cov19 masih berada di peringkat awal ujian ke atas manusia. Justeru, terlalu awal untuk mengesahkan keberkesanan vaksin Arcturus.

Vaksin tersebut dilaporkan hasil kerjasama Arcturus dengan Duke University-National University of Singapore dengan tujuan menghasilkan vaksin satu suntikan bagi mengimunisasi penduduk di Asia Tenggara.

Pihak mereka percaya bahawa satu dos berfungsi jauh lebih baik untuk melindungi masyarakat dari jangkitan coronavirus, berbanding dua dos yang diusahakan oleh kebanyakan industri farmaseutikal.

Lunar-Cov19 mempunyai kebolehan untuk self-replicating dan meningkatkan sistem imun seseorang yang terdedah dengan antigen, sekaligus mencipta tindak balas imun yang kuat dari masa ke semasa.

Dilaporkan mereka telah menandatangani persetujuan dengan syarikat pengeluar, Catalent Inc. di New Jersey, dengan jangkaan 30 juta dos akan dihasilkan.

Ujian vaksin dikatakan akan berakhir pada bulan Oktober dan akan lengkap sebagai penawar tidak lama lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat