Situasi Sekarang Adalah Peluang Untuk Pelabur Jangka Panjang? – Ini Pandangan Mnuchin

1,186

Setiausaha Perbendaharaan A.S, Steven Mnuchin mengeluarkan pandangan pada hari Jumaat bahawa situasi jualan saham  secara besara-besaran dalam pasaran hanyalah akan bersifat jangka pendek. Disisi lain, walaupun situasi berada dalam keadaan panik namum ia akan menjadi peluang pelaburan untuk para pelabur yang mencari pembelian ekuiti pada harga diskaun.

Menurut Mnuchin, “Ini adalah isu jangka pendek. Ia mungkin berlangsung beberapa bulan tetapi kita akan dapat harunginya dan ekonomi akan menjadi lebih kukuh dari sebelumnya”.

Tambah beliau, situasi ini mengingatkan beliau pada para pelabur yang membeli saham selepas kemelesetan ekonomi pada tahun 1987 dan selepas krisis kewangan. Bagi para pelabur yang mencari keuntungan jangka panjang, ini boleh menjadi peluang pelaburan yang baik.

Beliau juga berpendapat bahawa bahawa situasi pada kali ini tidak seperti krisis kewangan, dimana orang tidak tahu bila ia akan berakhir. Namun beliau yakin, dalam situasi ini, A.S dapat melaluinya. Menjelang akhir tahun, pasaran boleh menjangkakan pemulihan ekonomi dan lonjakan dalam aktiviti ekonomi.

Komen Setiausaha Perbendaharaan itu diberikan sebelum pasaran saham dibuka pada hari Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat