Snap Inc. Umum Dana $1 Bilion Melalui Hutang

199

Syarikat yang berasaskan teknologi dan kamera, Snap Inc. mengumumkan akan menyuntik dana syarikat mereka dalam bentuk hutang jangka masa panjang bagi menampung kos operasi bisnes tersebut. Ini juga termasuk dari segi penambahan kandungan media bagi melengkapkan produk dan servis mereka serta pembelian semula saham.

CEO Snap Inc., Evan Spiegel dalam memo yang diberikan kepada pekerjanya Oktober lalu mengingatkan tentang matlamat utama syarikat adalah untuk mencatat keuntungan pada tahun ini. Untuk rekod, syarikat ini rugi lebih $1 bilion mengikut laporan kewangan yang berakhir hujung tahun lalu.

Syarikat induk kepada aplikasi popular Snapchat telah kembali bernafas dengan peningkatan dari segi jumlah pengguna dan juga kenaikan dalam harga saham selepas melalui detik yang suram pada 2018.

Mereka juga telah memperkenalkan permainan mudah alih di dalam aplikasi Snapchat itu sendiri dan membangunkan ciri-ciri realiti berperantara (AR), namun terpaksa bersaing dengan platform yang lebih besar seperti Facebook dan pendatang baru, TikTok.

Snap Inc. akan menawarkan $1 bilion dalam bentuk hutang yang akan matang pada tahun 2026, di mana mereka harus memilih sama ada harus membayar para pelabur dalam bentuk tunai, saham atau kedua-duanya sekali.

Spiegel juga berkata kadar faedah yang rendah buat masa ini memberikan peluang yang terbaik untuk Snap Inc. melengkapkan penawaran mereka. Tambahnya lagi, permintaan terhadap tawaran itu sangat tinggi dan menjangkakan semuanya akan selesai dalam minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat