Solana Dilabel ‘Shitcoin’ Oleh Usahawan Amerika Ini!

144

Solana ni nak terima nasib macam Terra Luna jugak ke?”

Sudah sedia maklum sehingga hari ini pasaran kripto semakin melemah apabila ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) menyusut sebanyak 65% dan 68% sepanjang tahun ini, namun perlu diingat aset paling terkesan pada tahun 2022 adalah Solana (SOL).

Hal ini berikutan kerana SOL tergelincir melebihi 94% pada zon harga $9.68 berbanding paras tertingginya awal tahun ini sebanyak $172.

Pergerakan harga tersebut telah memberi tempias terhadap kedudukan SOL, di mana aset digital itu sebelum ini adalah antara kripto teratas yang menguasai carta tetapi kini prestasinya tidak dapat dikekalkan lagi.

Menurut Arthur Hayes, co-founder exchanger kripto BitMEX menyatakan bahawa SOL bakal menjadi salah satu aset digital yang direbut ramai orang pada masa akan datang sungguhpun setakat ini SOL masih dianggap shitcoin oleh kebanyakan pelabur.

Dalam pada itu, harga SOL bukan sahaja menjunam lebih 73% sepanjang 8 minggu lalu malah projek non-fungible token (NFT) dan validators meninggalkan SOL untuk beralih ke blockchain lain.

Antara projek NFT paling penting dalam blockchain SOL yang telah berpindah ke ekosistem Ethereum (ETH) dan Polygon adalah DeGods dan Y00ts.

Setakat penulisan ini, SOL susut sebanyak 12% dalam tempoh 24 jam lalu tetapi volum dagangannya canak 158% pada $397 juta dengan paras pasaran $3.6 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat