Spekulasi Ibu Pejabat Akhirnya Terjawab? Changpeng Zhao Akhirnya Berikan ‘Hint’!

2,060

Ketua Pegawai Eksekutif Binance, Changpeng Zhao baru-baru ini mendedahkan rancangannya untuk menjadi penyedia perkhidmatan aset kripto di Perancis menjelang tahun hadapan. Berdasarkan temu bual dengan berita tempatan, bursa pertukaran kripto itu memiliki minat baru untuk menubuhkan lapangan operasi di negara itu.

Walaupun Binance secara global menyumbang 70% daripada urus niaga pertukaran kripto, namun Binance terus berhadapan dengan tekanan datang daripada para pengawal selia di seluruh dunia kerana tidak mempunyai ibu pejabat fizikal yang berdaftar.

Zhao menyatakan bahawa bursa pertukaran itu akhirnya berjaya menemui penyelesaian dan bahawa “Perancis akan menjadi pilihan awal untuk ibu pejabat serantau, malah mungkin global”. Walaupun pada bulan lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Binance, Changpeng Zhao telah dikesan di Dubai, menghadiri mesyuarat dengan pihak berkuasa sehingga menimbulkan spekulasi bahawa Binance akan menubuhkan Ibu Pejabat di Dubai.

Binance mengakui bahawa ia telah mengalami tekanan daripada badan berautoriti dan akhirnya memutuskan untuk memberi sepenuhnya kerjasama dengan bersedia untuk dipantau.

Ketua Pegawai Eksekutif Binance menekankan bahawa syarikat itu melabur sejumlah besar wang untuk mematuhi undang-undang kripto yang dikemas kini. Menurut Zhao, lebih 15 peratus pekerja Binance didedikasi untuk pengurusan pematuhan dan mengekalkan hubungan dengan pengawal selia. Tambahan pula, syarikat itu telah mengupah 150 lagi pekerja pada tahun ini yang bertanggungjawab untuk memastikan syarikat itu selaras dengan undang-undang kripto global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat