Steady! Penampilan Pertama Farm Fresh Cemerlang, Naik 37.78% pada RM1.86

617

‘Kira baiklah ni untuk penampilan pertamakan? Sebelum ini ada juga yang time debut dah terciduk.’

Farm Fresh Bhd telah melakukan penampilan pertama di Bursa Malaysia dengan cemerlang dalam dagangan aktif, di mana ia melonjak 51 sen atau 37.78% pada RM1.86 dengan harga tawaran awam permulaan (IPO) RM1.35.

Kaunter tersebut dibuka 35 sen atau 25.93% pada RM1.70, kemudian naik 47 sen atau 34.81% pada RM1.82 dan memberikan nilai permodalan syarikat pada RM3.38 bilion.

Ia juga merupakan kaunter yang paling aktif didagangkan dengan 218.67 juta saham terdagang.

Sebagai makluman, saham Farm Fresh merupakan IPO terbesar di Malaysia sejak Jun 2021.

Dalam sidang media maya yang diadakan bersempena penyenaraian syarikat tersebut, Loi Tuan Ee, yang merupakan pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif syarikat menyatakan bahawa mereka akan menyelaraskan harga andai berlaku gangguan bekalan disebabkan oleh perang Rusia-Ukraine yang membuatkan harga komoditi lonjak.

Hujar Loi, Farm Fresh telah menyelaraskan harga susunya pada September lalu ekoran kenaikan harga komoditi yang telah membebankan syarikat.

Selain itu, prestasi kewangan syarikat bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mac 2023 (FY23) akan menjadi penentu kepada pelancaran produk dan pengembangan perniagaan yang dirancang untuk untuk memasuki Singapura, Hong Kong, Indonesia dan Filipina.

Terang Loi lagi bahawa mereka sedang menyediakan kapasiti pengeluaran kilang di Larkin untuk menampung permintaan pasaran di Singapura, mengusahakan untuk dapat sijil halal yang diperlukan bagi pasaran Indonesia dan mematuhi peraturan yang diperlukan untuk tembusi pasaran Hong Kong pada hujung tahun ini.

Umum mengetahui bahawa IPO Farm Fresh tersebut akan menjana RM301 juta, di mana 140 juta akan digunakan untuk mewujudkan hab pembuatan baru, ladang tenusu baru dan kemudahan bersepadu di Malaysia.

Kemudian, RM60 juta akan diperuntukkan untuk mengembangkan pengeluaran produknya di Australia, RM40 juta bagi pengembangan wilayah di Malaysia, RM40.8 juta untuk modal kerja dan RM20.2 juta bagi perbelanjaan penyenaraian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat