Stellar (XLM) – ‘Adik’ Ripple Yang Berpotensi?

741

Baru-baru ini, Stellar berjaya dinaik taraf kepada Protokol 17, yang direka untuk membolehkan perniagaan mengeluarkan instrumen kewangan yang dikawal selia seperti dana pasaran wang, bon, dan ekuiti.

Stellar, sangat sinonim dikalangan pelabur dengan gelaran ‘Adik’  Ripple (XRP) kerana ia pada awalnya dibangunkan berasaskan model dan protokol Ripple.

Dilancarkan pada 2014 oleh pengasas bersama Ripple, Jed McCaleb dengan kerjasama bekas peguam, Joyce Kim, Stellar adalah lejar dan pangkalan data berasaskan blockchain diedarkan (distributed blockchain) yang memudahkan pemindahan nilai aset-lintas (cross-assets) dan pembayaran.

Stellar berfungsi sama seperti PayPal tetapi ekosistem pengedaran dan matawang natifnya menjadikan transaksi cross-asset dan rentas sempadan lebih mudah dan cepat pada kos yang berpatutan.

Sementara itu, teliti carta pergerakan semasa harga XLM/USDT.

Sejak pembukaan pasaran pada Jan 2021, ekosistem Stellar menunjukkan pertumbuhan yang konsisten menghasilkan lebih 400% selama 4 bulan sehingga membuat paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras harga $0.79 pada 16 Mei 2021.

Dukacitanya, Stellar gagal meneruskan kenaikan selepas Tesla menghentikan pembayaran Bitcoin dan China mengharamkan perdagangan matawang kripto, susut sehingga ke paras sokongan sekitar $0.30.

Pandangan sudut teknikal, jika pergerakan harga kembali membuat kenaikan semula, paras SBR (support become resistance) sekitar harga $0.36 perlu ditembusi terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan ke zon SBR yang seterusnya.

Namun, jika pergerakan harga Stellar terus menyaksikan corak penurunan, paras sokongan $0.30 yang pernah dicapai sebelum ini bakal diuji sekali lagi untuk jangkaan membuat rebound atau terus mengekalkan trend bearish.

Ketika penulisan, XLM/USDT didagangkan pada $0.33, susut lebih 11% dalam tempoh 24 jam. XLM kini berada di kedudukan ke-19 pada carta kripto.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat