Sterling Memadam Kerugian Awal Pagi Ini Menjelang Undian Mengenai Penangguhan Brexit

852

Pasaran kewangan hari ini didagangkan bercampur-campur selepas data menunjukkan pertumbuhan dalam pengeluaran perindustrian China berkurangan dan para penggubal undang-undang Britain menolak idea UK untuk meninggalkan EU tanpa perjanjian.

Pengeluaran perindustrian China naik 5.3% untuk tahun ke tahun pada Januari-Februari 2019, menurun daripada 5.7% pada tempoh sebelumnya dan di bawah anggaran pasaran 5.5%. Susulan hal ini, sebagai rakan dagang terbesar China, matawang AUD merosot lebih kurang 0.4%.

Bukan itu sahaja, komen daripada Donald Trump juga turut memberi tekanan terhadap matawang Aussie hari ini. Beliau berkata bahawa beliau tidak tergesa-gesa untuk menyelesaikan perjanjian perdagangan dengan China dan menegaskan bahawa sebarang perjanjian termasuk perlindungan bagi harta intelektual adalah antara isu utama setakat ini bagi kedua-dua pihak.

Dalam sesi dagangan Eropah pula, kadar inflasi tahunan Jerman meningkat kepada 1.5% pada Februari 2019 daripada paras terendah 11 bulan iaitu 1.4% pada bulan sebelumnya. Memandangkan Jerman salah satu negara yang terbesar di zon Eropah, data ini bakal menyokong matawang Euro buat masa ini.

Antara tumpuan utama pasaran pada pasaran New York sebentar nanti adalah terhadap perkembangan isu Brexit selepas para penggubal undang-undang Britain menolak kemungkinan Britain akan meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) tanpa sebarang perjanjian dalam apa jua situasi berdasarkan undian semalam.

Undian seterusnya akan terus memberi tekanan terhadap Perdana Menteri Britain Theresa May dan dengan keputusan terhadap undian ‘no-deal’ semalam telah membuka jalan untuk undian terhadap penangguhan Brexit pada hari ini pula. Jika Brexit diundi untuk ditangguhkan, ia akan memerlukan persetujuan oleh kesemua 27 negara dalam gabungan Kesatuan Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat