Stok AS Kembali Menurun, Harga Minyak Makin Kukuh!

204

Komoditi hitam mempertahankan pengukuhan untuk didagangkan tinggi pada sesi dagangan Rabu, disokong oleh bacaan data yang memberangsangkan dalam bekalan minyak mentah AS.

Laporan industri daripada Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan bahawa bekalan minyak AS berkurang sebanyak 4.7 juta tong pada minggu lalu. Sementara inventori petrol pula turun sebanyak 6.2 juta tong dan stok penyulingan menyusut 1.9 juta tong.

Bacaan tersebut dicatatkan lebih baik daripada unjuran pasaran yang menjangkakan penurunan hanya sebanyak 2.9 juta tong, berikutan peningkatan inventori minyak mentah yang dicatatkan pada minggu sebelumnya dan menjadikannya kenaikan pertama sejak Mei.

Ini secara tidak langsung memberi gambaran baik untuk pelabur yang mengharapkan permintaan bahan bakar global terus kukuh dalam menghadapi ancaman Covid-19 yang semakin meningkat dan peningkatan pengeluaran oleh OPEC+.

Pada sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diperdagangkan positif pada harga $73.90 setong, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula menguat pada $72.12 setong.

Pelabur kini menantikan data rasmi daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) pada hari Rabu bagi mendapatkan pengesahan mengenai pengurangan dalam bekalan minyak AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat