Suasana Getir Rusia & Ukraine, GBP/USD Semakin Menjunam Rendah

571

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD turut mempamerkan penurunan harga ekoran tekanan harga oleh pengukuhan US dolar dalam suasana pasaran yang semakin berisiko.

US dolar dijangka akan terus mendominasi setelah Rusia kini dilaporkan telah memulakan serangan ke atas beberapa kawasan di Ukraine membuatkan seluruh dunia memberi perhatian terhadap situasi ini.

Untuk mata wang Pound, perkembangan dari bank pusat, Gabenor Bank of England (BOE) Andrew Bailey menyatakan mereka akan mempertimbangkan penjualan aset jika kadar faedah mencapai 1.00%.

Namun, tumpuan pelabur kini sedang terarah kepada perkembangan krisis geopolitik dengan isyarat perang bakal meletus pada bila-bila masa sahaja.

Justeru, harga pada carta GBP/USD dilihat cenderung untuk meneruskan penurunan lebih rendah sehingga ke penghujung minggu.

Kenaikan awal harga pada sesi Eropah semalam menyentuh paras 1.36200 sebelum pergerakan lebih agresif harga pada sesi New York menyaksikan harga menjunam semula sehingga bersambung ke sesi Asia pagi ini.

Isyarat trend bearish mula dilihat pelabur apabila harga sudah kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Penurunan harga menuju ke paras 1.35000 untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut yang telah berjaya memberi sokongan daripada harga jatuh lebih rendah untuk beberapa minggu kebelakangan ini.

Namun dengan krisis geopolitik yang semakin kritikal, harga berkemungkinan akan susut lebih rendah menuju pula ke paras 1.34000 dan support pada 1.33600.

Sekiranya situasi kembali berubah, harga boleh meningkat semula menguji zon rintangan pada 1.35700 sebelum keniakan yang diteruskan akan menuju pula zon pada ketinggian 1.36500.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat