Sudah Jelas! BOC Akan Terus Naikkan Kadar Faedah

119

Gabenor Bank of Canada (BOC), Tiff Macklem tampil dengan kenyataan terbaharu mengenai inflasi di Kanada dan memberi petunjuk untuk penetapan kadar faedah selanjutnya.

Dalam satu video yang disiarkan oleh bank pusat di Twitter pada Isnin, Macklem mengatakan inflasi terlalu tinggi.

Justeru, adalah penting untuk bank pusat menurunkan semua inflasi supaya rakyat boleh merancang perbelanjaan dan simpanan mereka, serta tidak terkejut dengan perubahan besar dalam kos sara hidup mereka, kata beliau.

Ujar Mackem lagi, dengan menaikkan kadar faedah bank pusat akan memperlahankan perbelanjaan dalam ekonomi, memberi masa kepada ekonomi untuk pulih dan mengurangkan inflasi.

Seperti kebanyakan bank pusat global lain, BOC sedang meningkatkan kadar faedah dengan pantas sebagai tindak balas kepada inflasi yang melonjak ke paras tertinggi hampir 40 tahun.

Bagaimanapun, bank pusat itu telah menghadapi kritikan kerana meningkatkan kos pinjaman ketika rakyat bergelut untuk dengan lonjakan harga barangan runcit dan keperluan lain.

BOC telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 300 mata asas dalam tempoh 6 bulan sahaja bagi mengembalikan inflasi ke sasaran 2%.

Kadar inflasi Kanada turun kepada 7.0% pada bulan Ogos daripada puncak 8.1% pada Jun dan 7.6% yang dicatatkan pada Julai.

Rentetan daripada kenyataan ini, dolar Kanada sedikit pulih dari paras terendah 2 setengah tahun berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat