SushiSwap Integrasikan Chainlink Ke Binance Smart Chain (BSC), Ethereum (ETH)

285

SushiSwap (SUSHI) rasmi mengintegrasikan suapan data harga Chainlink (LINK) di platform Binance Smart Chain (BSC) dan Ethereum (ETH).

Kini SushiSwap menfokuskan kepada platform pinjaman baharunya, Kashi.

Kashi memainkan peranan sebagai protokol perdagangan pinjaman dan margin. Pada masa yang sama, setiap pasaran di Kashi akan membentuk identiti terpisah dengan mengurangkan risiko aset yang memperlahankan keseluruhan protokol.

Integrasi tersebut bertujuan untuk menyediakan penilaian aset terkini dengan lebih tepat kepada beberapa pasaran Kashi. Langkah ini dilihat akan melindungi daripada berada di bawah cagaran ketika pinjaman atau kecairan.

Sementara itu, PancakeSwap pada awal April mencatatkan jumlah dagangan harian tertinggi sekaligus memintas beberapa pertukaran berpusat (centralized exchanges)

Tidak cukup dengan itu pada awal April, PancakeSwap mencatatkan jumlah dagangan harian tertinggi, memintas beberapa pertukaran berpusat  dalam senarai 10 teratas untuk tempoh 24 jam sahaja.

Ketika itu PancakeSwap menyaksikan rekod jumlah dagangan sebanyak $3.21 bilion, tiga kali ganda daripada nilai yang didagangkan di Uniswap yang mana cuma $1.14 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat