Sweden Betul-betul Cari Pasal Dengan China!

1,544

China hari ini telah menggesa Sweden untuk membatalkan larangan tehadap firma teknologi China dari rangkaian 5Gnya, serta mengemukakan amaran mengenai kesan yang bakal diterima oleh mereka jika enggan bertindak sedemikian.

Sebelum ini, pengendali telekomunikasi Sweden telah mengeluarkan larangan semalam yang meminta agar syarikat penerbangan mengeluarkan peralatan Huawei dan ZTE yang sedia ada pada tahun 2025, dengan alasan masalah keselamatan negara.

Umum mengetahui bahawa syarikat telekomunikasi China telah menghadapi pelbagai larangan dan pengawasan dalam beberapa bulan kebelakangan ini kerana bimbang Beijing menggunakan mereka sebagai medium untuk mengintip warga asing.

Berikutan dengan isu tersebut, Beijing didakwa berang lalu menyangkal tuduhan itu dan menyatakan bahawa kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat digunakan sebagai alasan terhadap syarikat teknologi yang berjaya untuk menyekat mereka.

Seterusnya, kementerian luar negeri China telah menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap keputusan Sweden serta mendakwa bahawa pemerintah Sweden secara terang-terangan menekan syarikat telekomunikasi China dan mempolitikkan kerjasama ekonomi yang normal.

Oleh itu, mereka mendesak agar Sweden menarik semula keputusan tersebut untuk menghindari impak negatif terhadap kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Sweden, dan pada operasi syarikat-syarikat Sweden di China.

Sementara itu, keputusan tersebut diambil oleh Sweden ketika Amerika Syarikat mendesak agar sekutunya untuk menghentikan sebarang urusniaga Huawei dari infrastruktur internet mereka.

Sebagi contoh, Britain telah melarang syarikat penyedia telefon bimbit menggunakan peralatan Huawei dalam rangkaian 5G baru pada bulan Julai, sementara Perancis telah menguatkuasakan sekatan penggunaan peralatan Huawei.

Walau bagaimanapun, larangan tersebut telah menimbulkan kebimbangan bahawa China akan membalas dendam terhadap syarikat pembuat peralatan telekomunikasi Sweden, Ericsson, yang mempunyai kontrak 5G dengan ketiga-tiga operator telekomunikasi utama China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat