Syarikat China Beransur Tinggalkan Pasaran AS Dengan Kadar Terpantas Sejak 2015

1,218

Nampaknya syarikat China sudah mula meninggalkan penyenaraian Bursa Amerika Syarikat (AS) dengan kadar paling pantas sejak 2015 ketika mereka dihimpit dengan ketegangan hubungan antara Beijing dan Washington.

Terbaru merupakan syarikat China atas talian iaitu 58.com Inc yang mana telah bersetuju dengan perjanjian pembelian, diketuai oleh firma ekuiti swasta Warburg Pincus dan General Atlantic.

Manakala pada minggu lepas, kumpulan pelabur yang disokong Tencent Holdings Ltd berkata mereka akan membawa Bitauto Holdings Ltd kepada persetujuan penilaian laman web kereta itu pada harga AS$1.1 bilion.

Buat masa sekarang, syarikat China yang tersenarai di Bursa AS telah rasmi dengan empat persetujuan swasta dengan jumlah keseluruhan AS$8.1 bilion termasuk hutang. Nilai tersebut merupakan yang paling tinggi bagi mana-mana tahun sejak 2015 dimana pembelian bernilai AS$29.8 bilion diumumkan.

Peningkatan itu berlaku ketika Presiden Donald Trump memperketatkan pemantauan ke atas beberapa syarikat China susulan daripada isu kewangan termasuk Luckin Coffee Inc yang telah merosakkan beberapa nama besar di Wall Street. Nasdaq Inc. juga merancang undang-undang baru yang akan menyukarkan lagi tawaran awam (IPO) bagi sesetengah firma China.

Indeks Golden Dragon China di NASDAQ yang memantau syarikat China dalam penyenaraian AS telah melonjak 1.1% pada Selasa di New York. Penanda aras indeks S&P 500 juga meningkat 1.9%.

Peningkatan mendadak syarikat Cina dalam penyenaraian AS yang ingin berpindah kepada persendirian adalah berdasarkan pertimbangan mereka terhadap kelebihan dan kekurangan mengekalkan status penyenaraian AS, terutama melibatkan kos pematuhan dan risiko undang-undang.

Ketegangan hubungan Washington dan Beijing juga mendorong kepada faktor tersebut sekaligus memberi peluang untuk mereka mempertimbangkan alternatif bagi penjualan saham.

Setakat ini dilaporkan Hong Kong menjadi pilihan utama bagi penyenaraian kedua. Baru-baru ini NetEase Inc dan JD.com Inc menjadi syarikat terbaru yang berpotensi untuk mendapatkan keuntungan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat