Syarikat Gergasi Ini Ramalkan Harga Bitcoin Boleh Jatuh Ke Paras $5K Pada Tahun Hadapan, Betulkah?

1,059

Harga Bitcoin dipercayai boleh turun kepada $5,000 pada tahun hadapan dalam keadaan pasaran yang tidak pasti, menurut Standard Chartered.

Jika tahap itu dicapai, ia akan menandakan kejatuhan kira-kira 70% daripada harga hari ini yang didagangkan pada paras $17,000 untuk satu bitcoin.

Dalam nota bertajuk “Kejutan pasaran kewangan 2023,” Standard Chartered menggariskan beberapa kemungkinan senario yang dapat mendorong harga BTC untuk jatuh lebih lanjut.

“Hasil menjunam bersama-sama dengan saham teknologi, dan sementara penjualan Bitcoin berkurangan, kerosakan telah berlaku. Semakin banyak firma dan bursa kripto mendapati diri mereka mempunyai kecairan yang tidak mencukupi, membawa kepada kebankrapan selanjutnya dan kejatuhan keyakinan pelabur terhadap aset digital,” Eric Robertsen, ketua penyelidikan global di Standard Chartered Bank, berkata dalam nota Ahad.

Robertsen malah berkata senario yang agak melampau dapat berlaku dan ia mempunyai kebarangkalian walaupun sedikit untuk berlaku pada tahun hadapan, dan jatuh secara material di luar konsensus pasaran.

Bitcoin telah jatuh lebih daripada 60% tahun ini selepas rentetan keruntuhan pemain industri yang berlaku pada pasaran. Terbaru dan terbesar yang berlaku dalam pasaran ialah apa yang menimpa bursa pertukaran mata wang kripto FTX yang telah memfailkan kebankrapan. Penularan daripada kejatuhan FTX terus merebak melalui pasaran.

Penurunan harga bitcoin juga akan bertepatan dengan kenaikan emas, kata Robertsen, dengan alasan logam kuning berpotensi melonjak 30% kepada $2,250 per auns.

Robertsen berkata emas boleh mengukuh lebih lanjut dan memposisikan diri sebagai safe haven yang relevan dengan para pelabur berpusu-pusu kepada komoditi itu untuk kestabilan semasa pasaran turun naik.

“Kebangkitan semula emas 2023 juga berlaku apabila ekuiti meneruskan pasaran merosot dan korelasi antara ekuiti dan harga bon beralih kembali kepada negatif,” tambahnya.

Pandangan Standard Chartered bukanlah satu-satunya pandangan bahawa harga BTC akan jatuh. Pelabur veteran Mark Mobius sebelum turut menyatakan pandangan bahawa beliau melihat harga bitcoin boleh jatuh kepada $10,000 pada 2023 disebabkan oleh kenaikan kadar faedah dan dasar monetari yang lebih ketat daripada Rizab Persekutuan A.S.

Walau bagaimanapun, masih terdapat mereka yang yakin dengan bitcoin. Venture Capitalist Tim Draper terbaru memaklumkan bahawa beliau menjangkakan harga bitcoin boleh mencecah $250,000 tahun depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat