Syarikat MAHB Takkan Diambil Alih Firma Gergasi Asing – PM Anwar

179

Berita mengenai penjualan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kepada syarikat asing seperti Blackrock adalah naratif palsu yang dicipta oleh pihak pembangkang.

Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan pihak pembangkang yang memainkan isu itu walaupun mereka telah berurusan dengan Blackrock secara terus semasa pemerintahan penggal lepas.

Beliau mendakwa mereka (pembangkang) lupa bahawa keputusan penting memberikan Blackrock telah diputuskan pada 26 Februari 2021.

Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri bersama-sama barisan kabinetnya, mereka memutuskan untuk menyerahkan pengurusan akaun terurus berasingan milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan dana ekuiti persendirian Syariah yang bernilai kira-kira RM2.5 billion kepada Blackrock.

Jelasnya lagi, pemilikan saham Khazanah Nasional Bhd dan KWSP dalam MAHB meningkat dalam 70% serta 30% lagi dimiliki oleh Global Infrastructure Partners (GIP) dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA).

Penjualan yang membabitkan lapangan terbang adalah tidak benar dan ia hanya melibatkan pihak pengurusan dalaman. MAHB kekal sebagai sebuah syarikat penerbangan milik Kerajaan Malaysia.

GIP juga turut mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Blackrock tidak terlibat dalam pengurusan lapangan terbang di bawah MAHB.

Kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) tentang keputusan konsortium syarikat pelaburan berkaitan kerajaan terhadap penjualan saham MAHB kepada GIP.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat