FAT Airline Taiwan Akan Menjadi Syarikat Penerbangan Pertama Menggunakan Matawang Crypto

641

Salah sebuah syarikat penerbangan Taiwan telah membuat pengumuman pada minggu lepas bahawa sistem penerbangan mereka akan menerima sistem pembayaran matawang crypto sebagai alat transaksi.

Pelanggan boleh mendapatkan tiket dan perkhidamtan pelancongan dengan menggunakan matawang crypto. Maka dengan ini, pelanggan boleh menggunakan bitcoin untuk menikmati pelancongan dan penerbangan untuk membayar lebih ribuan kapal terbang yang ada.

Presiden penerbangan, Zhang Gangwei menjelaskan bahawa syarikat beliau mempunyai visi yang cerah terhadap matawang crypto pada masa akan datang kerana matawang crypto telah berjaya membuktikan ia dapat menjadi alat transaksi alternatif sejak beberapa tahun lepas.

Dengan ini syarikat penerbangan FAT (Far Eastern Air Transport), Taiwan akan menjadi antara syarikat penerbangan terawal di dunia dan pertama dalam negara yang akan menggunakan teknologi blockchain dan matawang crypto.

Syarikat penerbangan FAT mula didirikan pada tahun 1967 dan ia merupakan antara syarikat penerbangan yang sering digunakan oleh rakyat Taiwan dalam penerbangan domestik. Dengan maraknya penerimaan bitcoin dalam kalangan pengguna, FAT ingin mengambil peluang ini melalui perkenalan sistem transaksi alternatif terutama kepada penerbangan international.

Pada tahun 2017, Oktober, gabenor bank pusat Taiwan Perng Fai-nan telah menyatakan dukungan terhadap pengawalan matawang crypto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat