Syarikat Pengangkutan Laut China Dikenakan Sekatan Oleh Amerika Syarikat

262

Kadar pengangkutan minyak utama dari Timur Tengah ke Asia melonjak hampir seperlima pada hari Jumaat dengan pasaran pengangkutan minyak global telah dikejutkan dengan sekatan oleh Amerika Syarikat terhadap syarikat pembekal perkhidmatan logistik terbesar China iaitu COSCO.

Sekatan yang dikenakan adalah berdasarkan dakwaan penglibatan dalam pengangkutan minyak dengan Iran.

Sekatan besar-besaran oleh AS terhadap Iran pada November tahun lalu, telah turut menyenaraikan dua unit COSCO bersama beberapa nama syarikat yang lain atas dakwaan melanggar arahan sekatan minyak Iran.

Langkah yang mengejutkan itu, telah menjejaskan salah satu syarikat penghantaran tenaga terbesar dunia, dengan beroperasi lebih 50 kapal tangki, susulan tekanan maksimum oleh Presiden AS Donald Trump terhadap Iran ekoran isu program nuklear.

Berikutan beberapa pembeli minyak Asia bergegas ke pasaran penghantaran untuk melindungi kapal tangki, kadar untuk penyewa atau Pengangkut Minyak Mentah Besar (VLCCs), untuk membawa minyak dari Timur Tengah ke Asia telah melonjak sehingga 19%.

Namun, masih terdapat ketidakpastian berkenaan sekatan terhadap unit COSCO yang bakal dikenakan. Sumber industri mengatakan ada kalangan pembeli minyak menangguhkan sementara untuk penggunaan kapal tangki COSCO sementara impak terhadap sekatan dapat dikenalpasti.

Sementara hubungan diplomatik antara Amerika Syarikat dan Iran masih kekal tegang, data pengesan kapal Refinitiv pada Jumaat telah menunjukkan kapal tangki yang mengibar bendera British di mana telah ditahan oleh Iran di Selat Hormuz sebelum ini, telah berlayar keluar dari pelabuhan Bandar Abbas.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat