Syarikat Pertukaran Matawang Crypto Bittrex Akan Menerima Deposit Matawang Fiat Tidak Lama Lagi

871

Berdasarkan temubual Bill Shihara, CEO Bittrex dengan radio Unikrn, platform pertukaran Bittrex akan mula menerima deposit wang fiat dalam US dolar.

Buat masa ini hanya 2 syarikat pertukaran utama US yang menerima deposit wang fiat dalam US dolar iaitu Coinbase dan Gemini. Pertambahan perkhidmatan ini akan memberi keuntungan kepada syarikat pertukaran Bittrex yang merupakan salah satu syarikat pertukaran matawang crypto utama. Bittrex menawarkan 190 matawang crypto untuk didagangkan.

Pengguna baru biasanya akan memilih syarikat pertukaran Coinbase atau Gemini untuk berdagang matawang crypto berikutan kemudahan deposit matawang fiat yang ditawarkan melalui ACH dan wire transfer.

Segelintir pelabur beranggapan bahawa syarikat-syarikat pertukaran matawang crypto utama tersebut akan menawarkan lebih banyak matawang crypto baru.

 

Menurut Shihara, Bittrex telah menetapkan beberapa kriteria penting sebelum menawarkan matawang crypto di platform pertukaran mereka. Antaranya ialah, ia mesti memiliki idea yang inovatif. Kedua, ia didukung oleh pasukan, penasihat dan pelabur yang kukuh.

Penawaran khidmat deposit matawang fiat merupakan satu ‘game changer‘ dalam industri crypto. Hal ini juga berkemungkinan akan mendorong syarikat pertukaran lain untuk menawarkan perkhidmatan yang sama.

 

Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat