Tahun 2021 Jadi Tahun Kegemilangan Shiba Inu, Kini ‘Menyalak’ Ke Seantero Dunia!

2,533

Tahun 2021 menandakan tahun kegemilangan untuk Shiba Inu (SHIB) kerana berjaya mencatat episod-episod penting pada tahun ini. Bermula sebagai sebuah memecoin yang biasa kemudian kian lama kian menunjukkan taring sehingga digelar sebagai DOGE killer.

Aset kripto telah berjaya muncul sebagai aset kripto yang paling banyak dilihat di platform CoinMarketCap pada tahun 2021, mengatasi aset kripto teratas termasuk Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), dan Dogecoin (DOGE).

Menurut CoinMarketCap, Shiba Inu merekodkan lebih daripada 188 juta tontonan dalam tempoh 12 bulan yang lalu, kira-kira 43 juta lebih daripada 145 juta tontonan Bitcoin tahun ini. Dogecoin pula disenaraikan di kedudukan ketiga antara aset kripto yang paling banyak dilihat pada tahun 2021 dengan 107 juta tontonan, diikuti oleh Cardano dan Ethereum masing-masing dengan 86 juta tontonan dan 81 juta tontonan.

Apa yang menariknya, ia satu pencapaian diluar jangkaan kerana Shiba Inu baru sahaja berusia 15 bulan dan telah mampu menduduki top 15 aset kripto teratas berdasarkan nilai pasaran.

Pada bulan Oktober, SHIB melonjak lebih 133% dalam tempoh empat hari, mencapai paras tertinggi sepanjang masa sebanyak $0.000088. Lonjakan ini telah berjaya mendorong jumlah had pasarannya kepada lebih $41.5 bilion dan berada dalam 10 anak tangga teratas mengatasi Dogecoin.

Sementara itu, data yang dikumpul oleh firma maklumat terkemuka Global Data menunjukkan bahawa perbualan media sosial mengenai SHIB melonjak sebanyak 16,000% tahun ini. Hal ini secara tidak langsung ia berjaya menjadi memecoin yang mencatat kadar pertumbuhan terbesar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat