Tak Ada Duit Ke Tu? Tesla Terpaksa Tutup Showroom Di China

199

‘Mungkin ke sebab duit dah habis lepas dah beli Twitter haritu?’

Berpaksikan keadaan sekatan di China dan kemas kini objektif penjualan serta perkhidmatannya, Tesla Inc terpaksa menutup salah satu showroom terbesarnya di negara kuasa ekonomi ke-2 dunia itu.

Menurut sumber dari China, sebuah showroom berteknologi tinggi yang bertempat di bangunan pusat membeli belah Parkview Green, Beijing terpaksa ditutup.

Selain itu, beberapa showroom lain di tempat-tempat berbeza juga diarahkan untuk memperlahankan operasi dan kemungkinan ditutup.

Sungguhpun begitu, pihak Tesla masih belum memberi sebarang pengesahan mengenai perkara tersebut.

Mencerap rekod, Tesla memiliki hampir 200 cawangan pusat pameran model dan uji pandu di China dengan yang terbesarnya terletak di Beijing.

Pada beberapa minggu lepas, Tesla ada memberi gambaran bahawa syarikat rancang untuk menutup beberapa showroom di bandar-bandar utama di China ekoran sekatan perjalanan Covid yang menjejaskan operasi.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Elon Musk sendiri juga pernah menyatakan hasrat untuk membina kemudahan Tesla di kawasan luar bandar bagi memberi laluan kepada perkhidmatan baiki kenderaan.

Objektif tersebut tampak benar-benar serius apabila Tesla di China membuka 305 penawaran pekerjaan sebagai juruteknik dan kakitangan lain dalam sektor pekhidmatan di negara Tembok Besar itu.

Suka untuk diberitahu bahawa showroom Tesla di China hanya bertindak sebagai pusat penjualan sahaja dan tidak menawarkan sebarang perkhidmatan baiki terhadap produk-produk mereka.

Antara model Tesla yang dijual di showroom tersebut adalah Model 3 dan Model Y dengan sebanyak 318,151 kenderaan telah dijual dalam 9 bulan pertama 2022, naik 55% dalam tempoh sama tahun lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat