Tak Kisah Kripto Diharamkan, Tiktok Versi Cina Ini Sokong BTC!

175

“Rasanya tak lama lagi China akan lembut hati ke nak terima kripto?”

Platform TikTok versi Cina digelar Douyin menambah sokongan untuk mata wang kripto Bitcoin (BTC) pada aplikasinya walaupun China secara berterusan memberi tekanan terhadap perkhidmatan dan perdagangan yang menawarkan aset digital.

Menerusi kenyataan pengasas Tron Justin Sun dalam akaun Twitter miliknya, Douyin yang dibangunkan oleh syarikat teknologi internet Bytedance telah mula memaparkan harga BTC pada hasil carian sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memberi sokongan padu kepada aset digital itu.

Secara umumnya, Douyin didapati mengikuti langkah Twitter yang turut menyediakan carta harga BTC pada hasil carian dan menyokong saham utama termasuk dana dagangan bursa (ETF) pada Disember lalu selepas Elon Musk memperoleh platform media sosial tersebut.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan aplikasi TikTok Cina itu memang tidak dinafikan agak sukar susulan China bertindak mengenakan pelbagai peraturan ketat terhadap pasaran kripto.

Sudah sedia maklum penentangan agresif China terhadap kripto telah berlaku sejak 2021 apabila Bank Rakyat China (PBOC) melarang mining aset digital di seluruh negara seterusnya memberi kesan kepada miners di negara itu.

Namun, China masih mempunyai minat mendalam terhadap kripto susulan Douyin dilaporkan mempunyai lebih 400 pengguna setiap hari sungguhpun bank pusat haramkan perniagaan aset digital kerana menganggap ia akan beri impak negatif kepada kestabilan ekonomi negara.

Dalam pada itu, Douyin mempunyai kelainan sedikit berbanding Twitter susulan ia memaparkan harga BTC melalui yuan dan bukannya dolar Amerika Syarikat (AS) bagi mengikuti trend de-dollarization global yang berterusan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat