Tak Penat Mendaki, Harga Minyak Terus Naik

431

Harga minyak kembali menyambung kenaikan pada dagangan awal minggu selepas Arab Saudi mengatakan OPEC+ masih perlu berhati-hati terhadap pengeluaran minyak mentah global memandangkan ancaman terhadap permintaan masih ada disebabkan Covid-19.

Tambah beliau lagi, negara-negara pengeluar tidak seharusnya mengambil mudah akan kenaikan harga semasa.

Menjelang penghujung sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 0.8% pada $85.32 setong, membawanya ke paras ketinggian terbaru tiga tahun.

Dagangan WTI Amerika Syarikat pula menokok 1% kepada $84.60 setong, kekal menguat di paras tertinggi tujuh tahun.

Walaupun permintaan telah mulai pulih dan bekalan minyak mentah pula semakin berkurang berikutan pengeluaran oleh OPEC+ dikeluarkan pada tahap semasa, namun Arab Saudi mengingatkan bahawa mereka perlu berwaspada dengan risiko daripada Covid-19 yang masih memberi ancaman pada permintaan minyak.

Ini secara tidak langsung memberi indikasi bahawa OPEC+ akan terus kekal dengan tahap pengeluaran semasa sebanyak 400,000 tong setiap bulan meskipun berdepan dengan tekanan kenaikan harga.

Susulan itu, dagangan komoditi hitam terus meningkat, ditambah dengan sokongan daripada bekalan minyak di AS yang berada di tahap terendah dan peralihan pengguna kepada minyak mentah berikutan lonjakan harga arang batu dan gas asli.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat