Tak Sempat Mencanak, Bursa Kecundang Awal Pagi Ini

192

Pada jam 9.30 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.28 mata pada 1,587.67 daripada penutupan Isnin pada 1,597.95.

Indeks dibuka lemah 0.02 mata pada 1,597.93.

Ia dibuka rendah ekoran aktiviti profit-taking terhadap wajaran berat terpilih ekoran keuntungan sebelum ini.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 631 berbanding 381, manakala 568 kaunter pula tidak berubah, 730 tidak didagangkan dan 69 digantung.

Jumlah perolehan pada 699.78 juta unit bernilai RM259.54 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan indeks utama mungkin menyaksikan penyatuan sederhana dalam tempoh terdekat, dengan pelabur memberi tumpuan kepada sektor perbankan dan pengguna.

Tambahnya, harga minyak mentah merosot ekoran kebimbangan yang meningkat bagi permintaan bahan api yang lemah di China ekoran penyebaran jangkitan Covid-19 yang menyebabkan sekatan kawalan pergerakan.

Bagi minyak sawit mentah pula, harganya kekal di paras RM6,000 ekoran ketegangan yang berterusan di Ukraine.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) naik 2 sen pada RM8.92, Petronas Chemicals Group Bhd tambah 10 sen pada RM9.70, MISC Bhd kumpul 5 sen pada RM7.32, Public Bank Bhd jatuh 1 sen pada RM4.65 dan IHH Healthcare Bhd turun 17 sen pada RM6.35.

Saham aktif memperlihatkan CSH Alliance Bhd capai 1.5 sen pada 15.5 sen, Sapura Energy Bhd naik 1 sen pada 4 sen, SMTrack Bhd dan BCM Alliance Bhd kekal pada 8 sen dan 3 sen sementara Bintai Kinden Corp Bhd jatuh 1.5 sen pada 14 sen.

Di papan indeks, FBM 70 menurun 21.92 mata pada 13,695.22, indeks FBM Emas merosot 57.93 mata pada 11,350.36, indeks FBM Emas Shariah menghilang 36.39 mata pada 11,929.27 dan indeks FBMT 100 menyusut 58.90 mata pada 11,038.00 sementara FBM ACE meningkat 43.98 mata pada 5,610.14.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan memadam 0.96 mata pada 203.88, indeks Perladangan mengurang 66.95 mata pada 7,950.22 dan indeks Perkhidmatan Kewangan melayu 77.08 mata pada 16,691.50.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat