Taktik Scammer Telegram – Pensyarah Ini Kerugian $14,000 Bitcoin!

1,525

Pasaran matawang kripto global saban hari semakin menarik minat ramai orang baik dalam kalangan pelabur runcit atau dari institusi. Lonjakan dalam permintaan terhadap Bitcoin bukan sahaja menarik minat orang ramai namun turut menarik lebih ramai ‘scammer’ yang mencari ‘newbies’.

Salah satu kes terbaru adalah yang menimpa Ramesh J, seorang pensyarah di India. Difahamkan bahawa beliau baru sahaja berkecimpung dalam dunia kripto. Berdasarkan laporan oleh Times of India, pensyarah India ini telah ditipu oleh ‘pakar kripto’ yang fake di Telegram dan kerugian hampir $14,000 Bitcoin.

Sebagai orang yang baru berkecimpung dalam dunia kripto, Ramesh telah ikut serta bebeerapa kumpulan Telegram yang berkaitan kripto bagi mendapatkan lebih banyak informasi mengenai matawang kripto seperti syarat dan proses dagangan kripto.

Walaubagaimanapun, malang tidak berbau pesyarah India itu ada meminta pertolongan ‘pakar kripto’ di Telegram bagi memindahkan Bitcoin beliau ke dalam wallet CoinSwitch Kubernya. Bukan itu sahaja beliau juga ditawarkan perkhidmatan menguruskan dana beliau bagi mendapatkan untung lebih banyak.

Hampir $ 14k dalam Bitcoin  didapati hilang dan ‘scammer’ tersebut turut menghilang. Ramesh akhirnya membuat aduan kepada pejabat polis terdekat. Justeru dinasihatkan para pelabur agar berhati-hati dan sebaik-baiknya dapatkan lebih banyak informasi sebelum mengambil sesuatu keputusan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat