Tamparan Hebat Daripada Laporan NFP Masih Meninggalkan Kesan Kepada US Dollar

47

Dollar Australia dan New Zealand bergerak lebih tinggi berbanding US Dollar pada Isnin selepas Australia mengumumkan data yang agak positif. Sementara itu, laporan pekerjaan Amerika Syarikat dilaporkan mengecewakan.

AUD/USD meningkat 0.36% kepada 0.7599.

 

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit

Terdahulu pada Isnin, Biro Statistik Australia berkata keuntungan operasi syarikat meningkat sebanyak 6.9% pada suku kedua.

Angka sebelum ini, keuntungan operasi syarikat menunjukkan kemerosotan pada suku pertama sebanyak 4.4%.

NZD/USD melonjak 0.58% kepada 0.7335.

NZD/USD, 30 minit
NZD/USD, 30 minit

Pada masa yang sama, matawang Amerika Syarikat terus menerima tekanan selepas NFP yang diumumkan pada Jumaat yang lalu sedikit mengecewakan harapan peningkatan kadar oleh Fed.

Hal ini berikutan, Fed sebelum ini menjelaskan bahawa peningkatan kadar bergantung kepada data pekerjaan yang bakal dikeluarkan minggu lepas.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback melawan 6 matawang utama kali terakhir dinilai pada 95.64.

Tanpa sedar, alasan hambar ini sering anda ungkap setiap hari. 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat