Tanpa Dijangka, Emas Pula Meningkat!

4,007

Emas menamatkan siri penyusutannya dengan kembali meningkat selepas pengumuman Federal Reserve (Fed) untuk menaikkan kadar faedah gagal merangsang pengukuhan US dolar.

Logam berharga itu pada mulanya jatuh ke paras terendah dua minggu susulan keputusan Fed, tetapi meningkat semula menyusuli penurunan yang dicatatkan dolar greenback.

Pada sesi Asia, spot emas didagangkan berlegar di sekitar harga $1,935 per auns, bangkit dari paras terendah yang dicapainya sebelum ini pada $1,894 per auns.

Bank pusat AS menaikkan kadar faedah buat pertama kali sejak 2018 dengan menepati ramalan pasaran untuk kenaikan sebanyak 25 mata asas kepada 0.50% dan memberi isyarat untuk bertindak lebih agresif dalam memerangi inflasi.

Emas biasanya cenderung untuk menurun apabila bank pusat meningkatkan kadar faedah, tetapi menurut situasi semasa penyusutan US dolar menyokong logam kuning itu meningkat.

Dalam ucapan Pengerusi Jerome Powell susulan keputusan Fed, inflasi AS dijangka kekal melebihi sasaran 2% bank pusat sehingga menjelang tahun 2024. Ini secara tidak langsung turut memberi sokongan kepada emas sebagai lindung nilai inflasi.

Selain itu, emas turut mendapat dorongan daripada data jualan runcit AS yang menunjukkan penurunan lebih rendah daripada dijangkakan, menandakan perbelanjaan pengguna yang lemah di tengah kenaikan harga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat