Tatkala Sempadan Negara Dibuka, Orang Ramai Bersuka-ria, Tapi AirAsia X Pula Berduka!

25,913

‘Sempadan baru buka semula dah AirAsia buat hal.’

Pemfailan AirAsia X Bhd (AAX) ke Bursa Malaysia mengesahkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan, Nadda Buranasiti.

Nadda yang dilantik sebagai CEO Thai AAX pada 2014 dan kemudiannya dinaikkan pangkat kepada CEO kumpulan AAX pada 1 November 2018, telah mengesahkan peletakan jawatannya.

Setakat tengah hari tadi, saham AAX didagangkan pada 65 sen dengan nilai pasaran sebanyak RM269.63 juta berdasarkan 414.81 juta saham terkumpul syarikat itu.

Sejumlah 414.81 juta saham tertunggak AAX adalah hasil daripada penyatuan setiap 10 saham sedia ada dalam syarikat kepada 1 saham, berdasarkan pemfailan Bursa pada 14 Februari 2022 mengenai penyenaraian dan sebut harga yang disatukan di Pasaran Utama Bursa.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan tambang rendah utama, AirAsia menjangkakan pembukaan semula sempadan bakal menjadi pemangkin kepada ekonomi dan ia menyasarkan untuk merekod faktor muatan sebanyak 95% menjelang akhir tahun.

Menerusi CEO AirAsia Malaysia, Riad Asmat, Malaysia bakal mengorak langkah besar dengan pembukaan semula sempadan.

Tambahnya, penjualan tiket penerbangan buat beberapa minggu mendatang mencatat peningkatan yang memberangsangkan dan meramalkan lebih ramai orang ingin berkunjung ke Malaysia.

Setakat ini, Riad menyatakan terdapat 12 penerbangan antarabangsa AirAsia yang dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Jumaat, 1 April 2022.

Seperti yang diketahui pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembukaan semula sempadan negara pada 1 April ekoran peralihan negara ke fasa endemik Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat