Tentera AS Dan Jepun Bergabung, Gentarlah China!

892

Jepun dan Amerika Syarikat hari ini memulakan latihan udara, laut dan darat di sekitar Jepun dalam pertunjukan kekuatan dalam menghadapi peningkatan aktiviti ketenteraan China di rantau ini. Selain itu, Latihan Keen Sword adalah latihan besar pertama sejak Yoshihide Suga menjadi perdana menteri Jepun bulan lalu. Beliau didakwa telah bersumpah akan menfokuskan kepada bidang ketenteraan yang bertujuan untuk menentang China, yang menuntut pulau-pulau yang dikuasai Jepun di Laut China Timur.

Untuk pengetahuan semua, Keen Sword, diadakan setiap 2 tahun, melibatkan puluhan kapal perang, ratusan pesawat dan 46,000 tentera darat, laut dan marin dari Jepun dan Amerika Syarikat. Ianya akan berlangsung hingga 5 November ini merangkumi latihan perang siber dan elektronik untuk pertama kalinya.

Kapal perang terbesar Jepun bakal disertai oleh kapal induk AS, USS Ronald Reagan dan kapal escort destroyers. Kaga sepanjang 248 meter (814 kaki), yang kembali dari rondaan di Laut China Selatan dan Lautan Hindi, akan dipasang pada awal tahun depan untuk membawa pesawat perang F-35.

Di samping itu, Suga pada bulan ini telah berkunjung ke Vietnam dan Indonesia sebagai sebahagian daripada usaha Jepun untuk meningkatkan hubungan dengan sekutu utama Asia Tenggara. Susulan daripada pertemuan di “Quad” di Tokyo yang terdiri daripada sebuah kumpulan tidak rasmi India, Australia, Jepun dan Amerika Syarikat yang dilihat Washington sebagai benteng menentang pengaruh wilayah China yang semakin meningkat.

Sementara itu, Jepun semakin bimbang akan peningkatan aktiviti tentera laut China di sekitar pulau-pulau yang dipertikaikan di Laut China Timur yang dianggap oleh Tokyo sebagai Senkaku dan Diaoyu di Beijing.

Tambahan daripada itu, aktiviti China baru-baru ini didakwa amat membimbangkan Washington dan Tokyo, termasuk undang-undang keselamatan baru di Hong Kong yang telah merosakkan otonomi wilayah itu, tentera China menjalankan latihan ketenteraan di Laut China Selatan dan gangguan Taiwan oleh tentera China sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Walau bagaimanapun, China mengatakan bahawa niatnya di wilayah itu adalah sebuah perdamaian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat