Tepati Jangkaan, EUR/USD Gah Teruskan Pendakian Lebih Tinggi

301

Sentimen kekal tidak berubah menyaksikan senario berulang pada dagangan US dolar yang terus susut menuju ke penghujung minggu.

Mendorong nilai US dolar yang lemah, ahli jawatankuasa mesyuarat Federal Reserve (Fed) mengulangi bahawa mereka akan mengekalkan dasar monetari semasa yang longgar walaupun pada kadar inflasi yang meningkat.

Situasi penyusutan US dolar ini dijangka akan berterusan menjelang laporan minit mesyuarat FOMC yang akan diterbitkan pada awal pagi Khamis untuk menjadi tumpuan para pelabur dalam meneliti butiran lanjut mesyuarat terbaru oleh Fed.

Mata wang utama yang lain dalam pasaran terus meraikan kelemahan US dolar untuk didagangkan meningkat sejak awal minggu lagi.

Dilihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga kekal meningkat walaupun prestasi Euro tidaklah begitu memberangsangkan.

Data yang diterbitkan pada sesi Eropah semalam untuk bacaan terbaru pertumbuhan ekonomi Eropah bagi suku pertama 2021 kekal tidak berubah dengan penguncupan pada -0.6%. Malah, bacaan awal untuk pertambahan pekerjaan Eropah untuk suku pertama 2021 susut kepada -0.3% lebih rendah berbanding jangkaan untuk susut kepada 0.1%.

Namun begitu, Euro kekal bergerak lebih baik berbanding US dolar dengan kenaikan harga pada carta EUR/USD telah berjaya melepasi zon resistance 1.21800 pada sesi Eropah semalam.

Pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam masih memberi isyarat trend bullish dikekalkan. Paras ketinggian terbaru dicapai setakat sesi New York mencecah sekitar 1.22360.

Kenaikan lebih tinggi dijangka untuk melepasi paras 1.22500 yang merupakan rintangan pada dagangan Februari lalu.

Seterusnya, paras utama pada ketinggian 1.23000 bakal menjadi sasaran pada trend bullish harga.

Namun pelabur perlu waspada jika harga membuat penurunan semula dengan jangkaan menuju ke zon RBS (resistance become support) 1.21800-1.21500.

Zon ini akan menjadi penentu sama ada menyokong kenaikan semula harga, atau penurunan lebih rendah untuk isyarat perubahan trend bearish.

Penurunan yang diteruskan dilihat akan menuju semula ke zon RBS sebelum ini pada 1.20900-1.20600.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat