Menepati unjuran penganalisis pasaran, harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD mengekalkan corak kenaikan pada pembukaan dagangan awal minggu semalam.
Malah, harga telah berjaya mengatasi paras ketinggian dicapai minggu lalu dan terus mencatatkan paras tertinggi terbaru hari ini (Selasa).
Penganalisis mengekalkan jangkaan untuk penyusutan berterusan US dolar dengan ketiadaan faktor terbaru yang boleh menyokong pemulihan raja mata wang itu.
Situasi tersebut berkemungkinan kekal sehingga menuju acara mesyuarat terakhir Federal Reserve (Fed) pada Disember nanti.
Tiada perubahan pada isyarat trrend pergerakan harga di carta GBP/USD yang masih bullish apabila terus berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1.
Sekitar 30 pips kenaikan diteruskan di sesi Asia pagi ini dari paras 1.25000 yang telah berjaya dilepasi untuk harga terus memburu paras ketinggian yang baru untuk tempoh dagangan 2 bulan.
Seterusnya, sasaran terhampir harga adalah untuk menguji paras 1.26000 sebelum tumpuan berikutnya akan terarah pula pada zon ketinggian 1.27000.
Waspada sekiranya harga mula terjun di bawah 1.25000 dan memberi amaran awal untuk corak pergerakan harga yang berbeza selepas itu.
Penurunan melepasi paras sokongan MA50 akan menjadi petunjuk pertukaran trend bakal berlaku sebelum menguji zon sokongan harga penghujung minggu lepas pada 1.24000.
Kejatuhan lebih rendah harga bakal disaksikan sekiranya terdapat faktor terbaru yang mendorong pengukuhan semula US dolar atau penyusutan ketara Pound dalam pasaran.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG