Tepati Ramalan Pasaran, GBP/USD Sambung Terjun 150 Pips!

177

Setelah memberi isyarat awal untuk mengukuh pada awal minggu, US dolar telah mempamerkan lonjakan yang ketara pada sesi New York semalam yang turut disusuli dengan terbitan data tinjauan bagi sektor pembuatan di Amerika Syarikat (AS) semalam yang memberangsangkan.

Mata wang Pound antara yang jelas terkesan dengan pengukuhan US dolar tersebut sementara kebimbangan terhadap ketidaktentuan Brexit yang muncul semula terus membayangi mata wang Britain itu.

Justeru, pelabur telah menyaksikan penurunan ketara harga pada carta pasangan GBP/USD semalam dengan penurunan harian sekitar 150 pips telah dicatatkan.

Pergerakan harga yang kekal di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam masih memberi petunjuk untuk pergerakan bearish buat harga di samping harga mencatatkan paras terendah terbaru untuk minggu ini.

Penurunan harga telah kembali semula ke zon RBS (resistance become support) 1.25000 seperti yang dijangkakan penganalisis pasaran, dan sehingga ke penghujung sesi New York dan bersambung ke sesi Asia pagi ini (Khamis), harga masih berlegar perlahan di zon tersebut.

Dengan corak trend bearish yang semakin jelas, penurunan lebih rendah akan dijangkakan untuk menuju pula ke paras 1.24000 menuju dagangan penghujung minggu.

Malah, sekiranya penurunan lebih rendah masih diteruskan, harga dilihat boleh mencecah ke zon sekitar 1.23000.

Sebaliknya jika harga berjaya pulih membuat kenaikan semula, meningkat semula di atas zon 1.25000 akan mendorong harga menguji rintangan awal pada 1.26000.

Melepasi halangan MA50 akan memberi isyarat untuk harga menyambung semula trend bullish seperti minggu-minggu sebelum ini.

Dan kenaikan lebih tinggi yang diteruskan akan mensasarkan pada ketinggian 1.27000 untuk harga menguji zon rintangan tersebut.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat