Tepuk Dahi! $6.6 Juta Produk Apple Kena Rompak!

1,008

Dunia masih belum reda dengan fenomena pembelian Iphone 12 yang baru sahaja dilancarkan, kini dikejutkan pula dengan tragedi rompakan produk Apple di UK. Apa yang sebenarnya terjadi?

Polis Britain hari ini mengatakan bahawa mereka sedang memburu pencuri yang berjaya memperoleh produk Apple bernilai £ 5 juta setelah mengikat pemandu dan pengawal keselamatan semasa tragedi kecurian trak di tengah England.

Selain itu, suspek berkenaan didakwa telah menyasarkan trak itu di salah sebuah jalan raya ke lebuh raya M1 di Northamptonshire pada Selasa malam yang lalu. Ketika kejadian tersebut, pencuri berkenaan mengikat pemandu dan pengawal keselamatan yang berada dalam trak tersebut lalu meninggalkan mereka. Seterusnya, mereka membawa kenderaan itu ke kawasan industri berhampiran.

Di kawasan itu, mereka memindahkan barangan yang dicuri ke trak lain, dan memandu sejauh sembilan batu ke bandar Lutterworth di mana 48 palet barang Apple dimuat ke dalam kenderaan ketiga.

Sehubugan dengan itu, pihak polis ingin menyoal siasat dengan sesiapa sahaja yang mungkin telah ditawarkan produk Apple yang dijual dalam keadaan meragukan, atau yang mengetahui bahawa terdapat individu yang  menjual barang tersebut dengan harga murah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat