Terbeliak Mata Pelabur, GOLD Mencanak Tinggi

1,210

Harga emas kembali didagangkan di atas paras harga $2,000 apabila US dolar berundur semula menjelang pengeluaran data inflasi Amerika Syarikat.

Sesi Asia menyaksikan logam berharga itu diperdagangkan meningkat pada $2,015 per auns manakala niaga hadapan emas pula lebih tinggi pada $2,030 per auns.

Penyusutan semula US dolar dari puncak tertinggi yang dicapainya pada Isnin telah memberi peluang untuk emas kembali meningkat dan memadamkan semula kerugian.

Pelabur kini memberi tumpuan kepada penerbitan data inflasi AS pada sesi New York yang bakal menjadi petunjuk seterusnya kepada hala tuju dasar monetari Federal Reserve (Fed).

Indeks harga pengguna (CPI) AS dijangka akan meningkat 5.1% tahun ke tahun pada bulan Mac, turun daripada bacaan 6.0% yang dicatatkan pada Februari.

Selain inflasi, tumpuan pelabur juga akan disasarkan kepada penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat